Perlumbaan kehidupan Zack dan Sham masih belum berakhir. Zack bukan lagi
pelumba haram seperti dulu. Kini dia seorang “Drifter” profesional. Dalam pada
itu selepas kemalangan yang di alami, Sham bukan lagi drifter kerana kakinya
tempang dan berjalan dengan bantuan tongkat. Peristiwa lampau dan keadaan
dirinya yang cacat menghantui diri Sham. Dalam kekalutan ini muncul seorang
wanita bername Aleeya yang juga seorang drifter profesional. Aleeya mencemburui
kehebatan Zack di litar lumba. Joe yang terlepas dari kemalangan maut masih
lagi menaruh dendam keatas Zack. Wajahnya yang berparut menguatkan lagi
keazamannya untuk menghapuskan Zack dan orang-orangnya. Ery sebagai orang kanan
Joe juga menaruh dendam pada Zack kerana kawan baiknya Karl dipenjarakan.
Selain dari memburu Zack, Joe ingin menguasai seluruh perniagaan dadah di KL.
Inspektor Kamal mengesyaki beberapa siri kematian penjenayah dilakukan oleh
Joe. Bagaimanakah kesudahan perlumbaan pada
litar kehidupan mereka kali ini? Adakah mereka mampu mencecah garisan penamat tanpa sebarang komplikasi? Sama-sama kita saksikan!
litar kehidupan mereka kali ini? Adakah mereka mampu mencecah garisan penamat tanpa sebarang komplikasi? Sama-sama kita saksikan!

No comments:
Post a Comment