SINOPSIS:-
Mengisahkan Adnan, seorang
mat rempit anak yatim piatu yang dibela serta dijaga oleh makciknya sejak kecil
selepas kematian ayahnya. Nadia dilahirkan dalam keluarga mewah dan stabil
dalam kerjayanya. Nadia sering ditemani pembantu peribadinya,Wawa.Wawa adalah
teman wanita kepada Bobby dan juga menjadi sahabat pada Adnan. Nadia pernah
kecewa akibat putus cinta, menyebabkan Nadia susah dan takut untuk bercinta
lagi. Sehinggalah pada suatu hari, rakan-rakannya merancang untuk membuat
reunion party. Pada mulanya Nadia kurang bersetuju, tetapi Nadia disindir
enggan pergi ke reunion tersebut kerana malu tiada teman lelaki. Nadia tercabar
dan kebetulan Adnan lalu di hadapan mereka dengan tidak sengaja. Nadia terus
menarik Adnan dan terus memperkenalkan Adnan adalah teman lelakinya. Nadia
berjinak-jinak dengan dunia Adnan sebagai seorang mat rempit dengan niat untuk
mengenali Adnan dengan lebih mendalam. Nadia sangat teruja. sehinggalah satu
kejadian berlaku di mana Zack telah cuba mengambil kesempatan pada Nadia dan
Adnan menyerang sehingga menyebabkan pergaduhan besar. Nadia mula merasa tidak
selesa serta memarahi Adnan dan semenjak kejadian itu Nadia mula rasa benci
pada Adnan walaupun Adnan cuba memujuk.













