Sebuah filem yang menyentuh isu kerosakkan akhlak di kalangan remaja dan mengupas ragam kehidupan gadis-gadis zaman sekarang yang bebas dewasa tanpa bimbingan ibubapa yang terlalu sibuk mencari wang bagi menyara kehidupan. Aleesya, Sofea dan Hani merupakan tiga rakan rapat yang mempunyai latarbelakang keluarga yang berbeza. Masing-masing juga mempunyai pandangan berbeza tentang Islam, berdasarkan cara mereka dibesarkan oleh ibubapa masing-masing. Aleesya mempunyai didikan agama yang asas – boleh mengaji dan tahu sembahyang.
Namun, membesar dalam persekitaran yang serba moden dan sosial menyebabkan beliau leka pada tuntutan agama. Sofea pula dibesarkan tanpa didikan agama, Sofea dibesarkan dalam suasana serba kebaratan, Sofea tidak tahu solat dan tak tahu mengaji. Hidupnya penuh dosa dan noda sehingga dia kurang tenang walaupun mempunyai segalagalanya. Hani pula membesar dalam keluarga yang susah. Beliau kurang didikan agama lantaran ibubapa yang terlalu sibuk mencari sesuap nasi untuk mereka sekeluarga. Hani senantiasa menyalahkan ibubapanya dan adakala salahkan Tuhan kerana tidak mengubah nasib beliau sekeluarga. Untuk hidup senang, beliau mengambil jalan mudah, menjadi pengedar dadah secara kecil-kecilan dan menjerumus dalam hidup penuh noda, dunia yang mana semuanya ‘halal’.
Hani mendapat bekalan dadah daripada teman lelakinya, Zachery, yang merupakan ketua pengedar dadah di kawasan flat tempat tinggalnya. Perbezaan pandangan mereka tidak menghalang persahabatan mereka bertiga sehingga kemunculan Firdaus, sepupu Aleesya yang warak. Firdaus pentingkan hukum Tuhan dan beliau sedar, sebagai seorang Islam yang berpendidikan, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendidik saudara Islam yang terlencong. Firdaus yang berasal dari kampung, datang ke Kuala Lumpur untuk mengikuti kursus keusahawanan, dan menumpang di rumah bapa saudaranya yang juga bapa kepada Aleesya. Menyedari Aleesya hilang arah, Firdaus sering menegur tindak tanduk Aleesya, menyebabkan Aleesya amat membenci Firdaus kerana terlalu ‘menjaga tepi kainnya’.
Namun, kehadiran Firdaus mulai mengubah diri Sofea yang mencari ketenangan. Sofea yang sudah puas hidup tanpa agama, menemui ketenangan apabila berkawan dengan Firdaus. Menerusi Firdaus, Sofea belajar tentang Islam dan mulai menyintai agama yang selama ini, sekadar status di kad pengenalannya. Kemesraan antara Firdaus dan Sofea, menyebabkan Sofea mula renggang dari Aleesya dan Hani. Sofea yang mahu Aleesya berubah mulai dimusuhi Aleesya yang menyangka Sofea berlakon untuk meniduri Firdaus. Apabila Sofea mengikut Firdaus ke kampung, bagi mendalami Islam tanpa gangguan, Aleesya semakin liar dan mula hilang pertimbangan sehingga sanggup mengikut Hani ke dalam dunia ‘pil khayal dan parti seks bebas’. Semasa mengikuti sebuah parti seks yang dianjurkan oleh Zachery, Aleesya ‘hilang dara’, menyebabkan beliau tersedar dari kebodohannya.
Hani yang sudah lama ‘hilang dara’ cuba tenangkan Aleesya dan memberitahunya, pada zaman sekarang, dara tidak penting. Menyedari beliau bukan dara lagi, Aleesya yang hilang maruah, mengambil keputusan untuk bertaubat dan mendekatkan diri dengan Allah. Beliau meminta bantuan Firdaus untuk mendidiknya juga menyelamatkan maruahnya dengan cara menikahinya. Aleesya ditemani Hani, pergi ke kampung Firdaus. Permintaan Aleesya menyebabkan Firdaus berada dalam dilemma, kerana Firdaus yang sudah tertarik pada Sofea, berjanji mahu mengahwini Sofea. Sofea pula memberitahu Firdaus bahawa walaupun dia hidup tanpa agama, dia masih dara kerana dia berpegang pada pegangan bahawa, ‘mahkotanya’ hanya untuk seorang lelaki yang boleh mendidiknya menjadi isteri yang baik
Welcome to the Marscymovie
Terimakasih kerana singgah di lelaman MarscyMovieTime.Lelaman ini MarscyMovieTime hanya mengandungi filem yang pasti akan menghiburkan hati sesiapa yang menonton filem di lelaman ini.Filem seram, jenaka ,romantis dan kesedihan yang pasti menghiburkan kita semua.
Jalan cerita dalam filem/drama kadang kala memberi satu contoh kepada kita .Jalan cerita dalam sebuah filem kadang kala ada membawa kebenaran bahawa ia sebenarnya terjadi di luar sana.Filem/drama mempunyai jalan cerita yang berbeza dan dari sudut penonton pasti anda akan dapat menilaikan kebaikan dan kejahatan dalam setiap filem/drama.Filem/drama cerita berakhir dengan kebahagian , kesedihan.
Selamat menonton......
Thank you for stopping by at MarscyMovieTime.This MarscyMovieTime website contains only film that will open the heart of those who watch the movie at the website.Horror, humor, romance and heartbreak that will entertain us all.
Storylines in the film / drama sometimes give an example to us. The story in a movie sometimes have the truth that it actually happened out there.Filem / drama has a different story from the perspective of the audience and you will be able to evaluate the good and evil in every movie / drama that ends with happiness, sadness.
And enjoy ......
Wednesday, January 19, 2011
AKU MASIH DARA
Sunday, January 9, 2011
MANTRA 2010
This horror film picked up the story of
the use of black magic for revenge and self-interest.
The story begins with the opening story in the local cemetery where Muzir persecuted by Hasbi to complement the black magic and get a wife Muzir.Mr. Hasbi is to be jailed for life. In prison, Muzir desires revenge, so he learns black magic from a dying warden (Hamdan Ramli) who helps him escape by erasing the holy words that are emblazoned all around. Shot in the infamous Pudu Jail.Cast Starring Filem Mantra , Movie Horror by Zul Handyblack, Hasnul Rahmat, Hamdan Ramli, Mas Muharni, Bob Lokman, Ruzaidi ,Abdul Rahman,Mariani. Directed Film Horror Mantra by: Azhari Mohd Zain
The story begins with the opening story in the local cemetery where Muzir persecuted by Hasbi to complement the black magic and get a wife Muzir.Mr. Hasbi is to be jailed for life. In prison, Muzir desires revenge, so he learns black magic from a dying warden (Hamdan Ramli) who helps him escape by erasing the holy words that are emblazoned all around. Shot in the infamous Pudu Jail.Cast Starring Filem Mantra , Movie Horror by Zul Handyblack, Hasnul Rahmat, Hamdan Ramli, Mas Muharni, Bob Lokman, Ruzaidi ,Abdul Rahman,Mariani. Directed Film Horror Mantra by: Azhari Mohd Zain
KISAH benar melibatkan pengamal ilmu hitam dan ajaran sesat di Bandung,
Indonesia diterjemahkan secara mendalam dalam Mantra. Ejaan bagi judul filem
tersebut juga sengaja dikekalkan kerana perahan idea dan jalan cerita berasal
dari tanah seberang itu. Shahriman Wahap adalah orang yang bertanggungjawab
mengkaji kejadian seram itu sebelum diterjemahkan oleh pengarahnya, Azhari
Zain. Dia yang juga bertindak sebagai pengarah Santau tidak melakukan sebarang
perubahan termasuk jampi serapah dalam bahasa Jawa untuk memuja syaitan.Cuma lokasi
penggambaran sahaja diubah dengan memilih sebuah perkampungan lama yang berusia
ratusan tahun di Lenggong, Perak dan Penjara Pudu, Kuala Lumpur sebelum
dirobohkan.Secara dasarnya, Mantra berkait rapat dengan budaya masyarakat
setempat yang mempunyai penyakit hasad dengki sehingga mengambil jalan mudah
bersekutu dengan syaitan untuk membalas dendam. Kisah dua sahabat baik iaitu
Muzir (lakonan Zul Handy Black) dianiaya oleh Hasbi (Hasnul Rahmat) demi
melengkapkan ilmu hitam dan merampas isteri Muzir, Rindiani (Ana Dahlia).
Akibatnya, Muzir dipenjara seumur hidup dan bertemu dengan Embah (Rozaidi Abdul
Rahman).
Embah menumpahkan seluruh ilmu hitamnya kepada Muzir tetapi tidak
sempurna kerana biliknya dikunci dengan kalimah Allah. Kehadiran warden
penjara, Pak Long (Hamdan Ramli) memberi sinar kepada penantian Muzir selama 10
tahun apabila dia meminta pertolongan. Pak Long tidak punya pilihan, lantas
bersetuju memenuhi syarat Muzir. Siri pembalasan dendam kesumat Muzir kepada
Hasbi bermula satu demi satu setelah ilmu hitam berjaya diserap sepenuhnya.
Jalan cerita Mantra diadun sebegitu cepat bagi menunjukkan bahawa perkongsian
ilmu syaitan itu mudah sekiranya manusia kerap mengulang mantera khusus.
Terdapat pelbagai versi jampi serapah yang digunakan termasuk bahasa Mandarin,
Siam dan India.
Saturday, January 8, 2011
TAKIEN THE HAUNTED TREE 2010
A horror movie about the ghost of a
garment factory worker who got unemployed and betrayed and finally commits
suicide. As a result, her spirit possesses the tree where she hanged herself,
waiting for redemption.
EPISOD 1
EPISOD 1
EPISOD 2
EPISOD 3
EPISOD 4
EPISOD 5
EPISOD 6
EPISOD 7
DRAMA CHINTA
Chinta berkisar tentang pergolakkan hidup dan percintaan seorang gadis jelita yang terjebak di dalam kancah pelacuran. Dibintangi oleh Adi Putra, Faradhiya, Azhar Sulaiman dan Fasha Sandha sebagai watak utama,Chinta….satu nama yang tidak asing di kalangan elit yang mengunjungi syurga terlarang. Cantik, anggun, peramah, bijak, Chinta tahu menggunakan akan aura tarikan dan kelebihannya untuk memikat lelaki-lelaki yang hanya mahukan tubuhnya. Namun, Chinta tidak akan membiarkan dirinya menjadi milik hakiki pada sesiapa kerana dia tidak suka terikat. Sesiapa jua boleh memilikinya sekiranya mampu, tetapi hanya buat seketika. Chinta nekad untuk mengharungi hidup sendirian sebagai kupu-kupu malam walaupun hatinya sangat bencikan kaum lelaki yang menjadikan nasib dirinya begini. Jadi tidak hairanlah, selama ini hatinya tidak pernah terbuka kerana dia tidak pernah percayakan pada perasaan cinta.
Subscribe to:
Posts (Atom)

