Welcome to the Marscymovie

Terimakasih kerana singgah di lelaman MarscyMovieTime.Lelaman ini MarscyMovieTime hanya mengandungi filem yang pasti akan menghiburkan hati sesiapa yang menonton filem di lelaman ini.Filem seram, jenaka ,romantis dan kesedihan yang pasti menghiburkan kita semua.

Jalan cerita dalam filem/drama kadang kala memberi satu contoh kepada kita .Jalan cerita dalam sebuah filem kadang kala ada membawa kebenaran bahawa ia sebenarnya terjadi di luar sana.Filem/drama mempunyai jalan cerita yang berbeza dan dari sudut penonton pasti anda akan dapat menilaikan kebaikan dan kejahatan dalam setiap filem/drama.Filem/drama cerita berakhir dengan kebahagian , kesedihan.

Selamat menonton......

Thank you for stopping by at MarscyMovieTime.This MarscyMovieTime website contains only film that will open the heart of those who watch the movie at the website.Horror, humor, romance and heartbreak that will entertain us all.

Storylines in the film / drama sometimes give an example to us. The story in a movie sometimes have the truth that it actually happened out there.Filem / drama has a different story from the perspective of the audience and you will be able to evaluate the good and evil in every movie / drama that ends with happiness, sadness.

And enjoy ......

Sunday, January 9, 2011

MANTRA 2010


This horror film picked up the story of the use of black magic for revenge and self-interest.

The story begins with the opening story in the local cemetery where Muzir persecuted by Hasbi to complement the black magic and get a wife Muzir.Mr. Hasbi is to be jailed for life. In prison, Muzir desires revenge, so he learns black magic from a dying warden (Hamdan Ramli) who helps him escape by erasing the holy words that are emblazoned all around. Shot in the infamous Pudu Jail.Cast Starring Filem Mantra , Movie Horror by Zul Handyblack, Hasnul Rahmat, Hamdan Ramli, Mas Muharni, Bob Lokman, Ruzaidi ,Abdul Rahman,Mariani. Directed Film Horror Mantra by: Azhari Mohd Zain


KISAH benar melibatkan pengamal ilmu hitam dan ajaran sesat di Bandung, Indonesia diterjemahkan secara mendalam dalam Mantra. Ejaan bagi judul filem tersebut juga sengaja dikekalkan kerana perahan idea dan jalan cerita berasal dari tanah seberang itu. Shahriman Wahap adalah orang yang bertanggungjawab mengkaji kejadian seram itu sebelum diterjemahkan oleh pengarahnya, Azhari Zain. Dia yang juga bertindak sebagai pengarah Santau tidak melakukan sebarang perubahan termasuk jampi serapah dalam bahasa Jawa untuk memuja syaitan.Cuma lokasi penggambaran sahaja diubah dengan memilih sebuah perkampungan lama yang berusia ratusan tahun di Lenggong, Perak dan Penjara Pudu, Kuala Lumpur sebelum dirobohkan.Secara dasarnya, Mantra berkait rapat dengan budaya masyarakat setempat yang mempunyai penyakit hasad dengki sehingga mengambil jalan mudah bersekutu dengan syaitan untuk membalas dendam. Kisah dua sahabat baik iaitu Muzir (lakonan Zul Handy Black) dianiaya oleh Hasbi (Hasnul Rahmat) demi melengkapkan ilmu hitam dan merampas isteri Muzir, Rindiani (Ana Dahlia). Akibatnya, Muzir dipenjara seumur hidup dan bertemu dengan Embah (Rozaidi Abdul Rahman).




Embah menumpahkan seluruh ilmu hitamnya kepada Muzir tetapi tidak sempurna kerana biliknya dikunci dengan kalimah Allah. Kehadiran warden penjara, Pak Long (Hamdan Ramli) memberi sinar kepada penantian Muzir selama 10 tahun apabila dia meminta pertolongan. Pak Long tidak punya pilihan, lantas bersetuju memenuhi syarat Muzir. Siri pembalasan dendam kesumat Muzir kepada Hasbi bermula satu demi satu setelah ilmu hitam berjaya diserap sepenuhnya. Jalan cerita Mantra diadun sebegitu cepat bagi menunjukkan bahawa perkongsian ilmu syaitan itu mudah sekiranya manusia kerap mengulang mantera khusus. Terdapat pelbagai versi jampi serapah yang digunakan termasuk bahasa Mandarin, Siam dan India.

No comments:

Post a Comment