Welcome to the Marscymovie

Terimakasih kerana singgah di lelaman MarscyMovieTime.Lelaman ini MarscyMovieTime hanya mengandungi filem yang pasti akan menghiburkan hati sesiapa yang menonton filem di lelaman ini.Filem seram, jenaka ,romantis dan kesedihan yang pasti menghiburkan kita semua.

Jalan cerita dalam filem/drama kadang kala memberi satu contoh kepada kita .Jalan cerita dalam sebuah filem kadang kala ada membawa kebenaran bahawa ia sebenarnya terjadi di luar sana.Filem/drama mempunyai jalan cerita yang berbeza dan dari sudut penonton pasti anda akan dapat menilaikan kebaikan dan kejahatan dalam setiap filem/drama.Filem/drama cerita berakhir dengan kebahagian , kesedihan.

Selamat menonton......

Thank you for stopping by at MarscyMovieTime.This MarscyMovieTime website contains only film that will open the heart of those who watch the movie at the website.Horror, humor, romance and heartbreak that will entertain us all.

Storylines in the film / drama sometimes give an example to us. The story in a movie sometimes have the truth that it actually happened out there.Filem / drama has a different story from the perspective of the audience and you will be able to evaluate the good and evil in every movie / drama that ends with happiness, sadness.

And enjoy ......

Saturday, July 21, 2012

BAIK GILER 2012


Sinopsis Filem Baik Giler


Baik Giler mengisahkan Afik lakonan Zizan yang mengalami tekanan perasaan selepas adik angkatnya, Amy (Farhanna Qismina) meninggal dunia dalam kemalangan.Afik yang masih trauma dimasukkan ke hospital selepas dikatakan cuba mencederakan rakan sepejabatnya, Kimi (Awie), namun dibenarkan pulang selepas disahkan dirinya sekadar mengalami tekanan.Dia cuba melupakan segala kejadian, selain menjalin hubungan dengan gadis bernama Suraya (Farawahida). Hakikatnya dia masih dibelenggu tekanan apabila sering tersalah sangka apabila menganggap orang lain menuduhnya gila, hanya kerana mengatakan dirinya `Baik Giler'.Pada anggapan Afik istilah `baik giler' bermakna seseorang yang baru baik daripada gila dan apabila istilah tersebut diucapkan padanya ia merupakan suatu penghinaan buat dirinya.


Pada hal istilah `baik giler' merupakan suatu slanga masyarakat bermaksud suatu pujian kepada seseorang yang terlalu baik sikapnya.Pada masa sama, disebabkan hasutan Joe (Esma) yang mendakwa kemasukan semula Afik ke pejabat mereka akan memporak-perandakan keadaan, Kimi meminta kekasihnya, Diana (Fazurina), mengenakan Afik.Dalam filem ini Kimi digambarkan sebagai watak yang sering memburuk-burukkan Afik sebagai orang yang masih gila. Filem Baik Giler membariskan pelakon Zizan Razak,Awie, Esme Daniel, Farawahida, Sharifah Shahirah, Abon, dan Siti Fazurina.


LEGEND OF THE SHADOWLESS SWORD


Synopsis
The kingdom of the land has been conquered, and the ruler's only remaining descendant is the exiled Prince Jung-Hyun (Lee Seo Jin). Unaware of the darkness that has fallen over his homeland, female warrior Soha (Yoon Soy) comes to his aid and guides him toward his royal destiny. Meanwhile, the vicious Killer-Blade Army are hot on their trail, determined to spill the last remaining noble blood. Flashing swords, swift kicks, and epic action are in store in this glossy martial-arts tale.


EPISOD 1 EPISOD 2 EPISOD 3 EPISOD 4 EPISOD 5 EPISOD 6 EPISOD 7 EPISOD 8 EPISOD 9 EPISOD 10 EPISOD 11

Wednesday, July 18, 2012

JALANG 2009

Berlatarkan kisah eksekutif kanan di syarikat perkapalan antarabangsa, Maria berada di persimpangan dilema mengenang dosa lalunya.Menyedari kehidupan manusia di dunia sekadar 'pinjaman', Maria akhirnya tersedar dan ingin bertaubat. Malah, hasrat itu membuak-buak sebaik dia bersua semula kekasih lama, Ikram Datuk Nahu selain dorongan rakan baiknya, Benjamin Adam. Bagaimanapun, tanpa disedari Maria jatuh cinta dengan Benjamin Adam. Disebabkan dirinya yang sudah 'kotor', Maria enggan menerima perasaan itu. Malah, gara-gara keinginannya untuk bergaya dan berkuasa, Maria terjebak di lembah hina.

Bukan saja menjalin skandal dengan pemilik syarikat perkapalan tempat dia bekerja, Maria juga pernah ditiduri beberapa individu penting syarikat itu. Apapun, segala kelakuan keji Maria diketahui Benjamin Adam yang setia pada cintanya.Bagaimana, tidak bagi Ikram yang menjadi pilihan Maria. Sebaik mengetahui kisah hitam gadis itu daripada bapanya, Ikram meninggalkan Maria yang dianggap Jalang. Apakah masih ada cinta sejati buat Maria? Malah, dapatkah Maria bertaubat?Selain itu, sejauh mana Benjamin Adam dapat meyakinkan Maria mengenai ketulusan cintanya? Mengambil kira sinopsis jalan ceritanya, Jalang dimuatkan dengan kisah teladan yang manusia berdosa akhirnya ingin bertaubat. Namun, apakah masyarakat sekeliling boleh menerima penyesalan dan taubat Maria?


JIWA TAIKO 2012 ( PG )

Mengisahkan tentang percintaan, persahabatan dan pertelingkahan. Kisah Jiwa Taiko bermula dengan seorang pemuda yang bernama Firman yang baru keluar daripada penjara ditangkap kerana melakukan jenayah bersama Pinto dan hanya Pinto dapat melepaskan diri daripada ditangkap. Pinto adalah rakan Firman yang dikenali ketika Firman baru menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Setelah Firman dikeluarkan dari penjara dan dijemput oleh Kak Pora iaitu rakan yang dikenali ketika dia di dalam penajara. Firman dibawa ke sebuah rumah yang dinamakan Wiracinta. Di dalam rumah ini terdapat beberapa orang penghuni seperti Lara, Apple, Monika, Freez, Heidy, Haikal dan Tomi. Mereka adalah kawan yang sangat rapat dan selalu menjalani latihan silat bersama-sama. Perhubungan mereka menjadi semakin rapat seperti adik beradik dan muncul lagi seorang rakan yang bernama Trisya. Trisya adalah seorang gadis kota yang sangat cantik. Firman mula jatuh hati kepada Trisya dan tanpa disedari, Lara terdahulu menaruh hati kepada Firman daripada Trisya. Lara sangat kecewa selepas Firman memberitahu kepadanya tentang dia telah melauhkan perasaan cintanya kepada Trisya dan Trisya menerimanya. Selepas itu, Lara melarikan diri lalu terjumpa seorang pemuda bekas rakan Firman iaitu Pinto. Lara mengikut Pinto duduk di apartment mewah dan mereka terlanjur. Firman dan rakan yang lain mencari Lara kerana mereka rasa sangat risau setelah Lara tidak pulang. Freez memarahi Firman kerana tidak menghargai Lara sepenuhnya kerana Freez tahu Lara menaruh hati kepada Firman. Tanpa disedari Lara telah mengandungkan anak Pinto. Lara melarikan diri daripada Pinto kerana Pinto memaksa Lara menggugurkan kandungan. Lara bersembunyi di suatu tempat yang sunyi lalu dijumpai oleh rakanrakannya. Lara dibawa pulang ke rumah Wiracinta dan dijaga dengan baik setelah mereka tahu yang Lara sedang mengandungkan anak Pinto. Firman dan rakan lain membawa Lara Ke Klinik untuk menggugurkan kandungan tetapi Lara tidak sanggup dan terus memeluk Firman. Trisya mahu memutuskan hubungannya dengan Firman kerana bagi Trisya Firman patut bersama Lara di dalam keadaan Lara yang memerlukan orang di sampingnya. Firman tidak dapat menerimanya tetapi Firman hanya mengikut kehendak Trisya. Pinto datang ke Wiracinta untuk mengambil Lara tetapi dihalang oleh Firman dan rakan-rakan. Pinto berjaya mengambil Lara, Kak Pora ditikam oleh pengikut Pinto. Firman dan rakan yang lain terus mengejar Pinto sehingga ke tempat Pinto dan bertarung. Setelah bertarung Firman mengambil Lara dan terus ke pantai bersama rakan-rakan yang lain. Setelah beberapa hari Pinto datang untuk membalas dendam, Pinto menyerang Firman dan mereka bergaduh sehingga Pinto mati di tangan Firman. Di dalam masa yang sama Lara selamat melahirkan anak. Selepas beberapa bulan berlalu mereka menjadi satu keluarga yang bahagia.


Tuesday, July 17, 2012

HILANGNYA DOA SEORANG IBU

Mengisahkan tentang seorang anak,dimana dia di limpahi kesenangan. Namun segala kebaikan yang dia lakukan hanya lah semata mata untuk menggejar kesenangan hingga sanggup menjadi isteri / anak durhaka.

JALAN KEMBALI:BOHSIA 2

Sejarah hitam sebagai bohsia dalam diari hidup Amy akhirnya telah membuka pintu hatinya untuk bertaubat. Dia melangkah kaki ke sebuah pusat pemulihan yang membantu gadis-gadis terlanjur dalam mengubah nasib hidup dan menjadikan Islam sebagai panduan serta jalan hidup baru. Berbeza pula dengan nasib nasib, Tasha semakin hanyut menjalani kehidupan sebagai seorang bosia yang dikawal ketat oleh Keting. Ibunya kesal dengan pilihan anaknya lalu meminta bantuan Muz untuk mengeluarkannya dari lembah yang hina. Seperti Amy, Muz juga telah bertaubat dan tidak mahu lagi bergelumang dalam kehidupan yang pernah mensia-siakan dirinya. Dia turut bersimpati dengan kesedihan ibu Tasha lalu berjanji untuk mengembalikan Tasha ke pangkuan ibunya. Walaupun Muz tahu bahawa Tasha enggan berubah namun dia tidak akan berhenti berusaha untuk membawa Tasha ke jalan kembali…. “Raja” kumpulan Mat Rempit, Keting kian rakus dengan aktiviti songsangnya dengan Tasha disisinya. Dalam masa yang sama dia meneruskan niat jahatnya menjejaki Amy untuk menjerumuskannya kembali ke lembah hina. Jika menerusi filem Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam… kisah realiti anak muda yang terbiar menjadi tunggak penceritaan maka, kali ini Jalan Kembali…. menyelongkar segala onak dan duri kehidupan golongan remaja songsang disamping menerapkan pendekatan positif kepada golongan ini yang sebenarnya mampu dijinakkan dan wajar mendapat sokongan masyarakat. Mampukah Muz dan Amy mengatasi rintangan yang sering menjadi konflik penghijrahan hidup mereka. bagaimanakah kesudahan hidup Tasha? Adakah Keting akan terus menjerumuskan gadis-gadis yang lemah pegangan agama?




















TENTANG DHIA EPISOD 1-30

Finally...manage to to watch the Drama Tentang Dhia


SINOPSIS TENTANG DHIA Tentang Dhia mengisahkan Dhia (Nora Danish), yang berdiri di antara dua lelaki yang sangat dikasihinya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda), yang mengganggap dirinya lebih anggun dan sesuai. Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustafa), dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang yang berbeza. Hanya memikul tugas sebagai seorang kerani biasa, Azmi yang merupakan anak seorang Imam di kampung tersebut disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, seorang jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan luar negara merupakan teman rapat Dhia sejak kecil lagi. Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melangsungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan di dalam kesedihan dan kekecewaan. Namun, hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan untuk redha dengan apa yang berlaku. Melly mengambil kesempatan ini untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia di dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi, ‘jerat’ yang dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi. Azmi dan Melly ditangkap basah oleh penduduk kampung dan ditahan di lokap balai polis. Sejurus mengetahui tentang berita ini, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangan mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi. Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap akan berlangsung seperti yang dirancang. Walaubagaimanapun, majlis mereka diserang oleh keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi. Mereka mahukan Azmi supaya bertanggungjawab di atas perbuatannya sehingga Melly didapati mengandung. Sekali lagi, Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata. “Bagaikan pelangi selepas hujan”, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi, dan mereka bekerja di firma yang sama. Zikir sangat diminati oleh Rose (Tasha Shilla) yang juga salah seorang pekerja di firma milik beliau. Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat. Zikir datang ke kampung halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan ditemani oleh isteri arwah Fendi, Suraya. Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung tersebut, Zikir terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia. Kemanakah hala tuju Dhia setelah ‘kehilangan’ Azmi dan apakah yang akan berlaku seterusnya di dalam hidup Zikir?