Sinopsis Filem Baik Giler
Baik Giler mengisahkan Afik lakonan Zizan yang mengalami tekanan perasaan
selepas adik angkatnya, Amy (Farhanna Qismina) meninggal dunia dalam
kemalangan.Afik yang masih trauma dimasukkan ke hospital selepas dikatakan cuba
mencederakan rakan sepejabatnya, Kimi (Awie), namun dibenarkan pulang selepas
disahkan dirinya sekadar mengalami tekanan.Dia cuba melupakan segala kejadian,
selain menjalin hubungan dengan gadis bernama Suraya (Farawahida). Hakikatnya
dia masih dibelenggu tekanan apabila sering tersalah sangka apabila menganggap
orang lain menuduhnya gila, hanya kerana mengatakan dirinya `Baik Giler'.Pada
anggapan Afik istilah `baik giler' bermakna seseorang yang baru baik daripada
gila dan apabila istilah tersebut diucapkan padanya ia merupakan suatu
penghinaan buat dirinya.
Pada hal istilah `baik giler'
merupakan suatu slanga masyarakat bermaksud suatu pujian kepada seseorang yang
terlalu baik sikapnya.Pada masa sama, disebabkan hasutan Joe (Esma) yang
mendakwa kemasukan semula Afik ke pejabat mereka akan memporak-perandakan
keadaan, Kimi meminta kekasihnya, Diana (Fazurina), mengenakan Afik.Dalam filem
ini Kimi digambarkan sebagai watak yang sering memburuk-burukkan Afik sebagai
orang yang masih gila. Filem Baik Giler membariskan pelakon Zizan
Razak,Awie, Esme Daniel, Farawahida, Sharifah Shahirah, Abon, dan Siti
Fazurina.

No comments:
Post a Comment