Sejarah hitam
sebagai bohsia dalam diari hidup Amy akhirnya telah membuka pintu hatinya untuk
bertaubat. Dia melangkah kaki ke sebuah pusat pemulihan yang membantu
gadis-gadis terlanjur dalam mengubah nasib hidup dan menjadikan Islam sebagai
panduan serta jalan hidup baru. Berbeza pula dengan nasib nasib, Tasha semakin
hanyut menjalani kehidupan sebagai seorang bosia yang dikawal ketat oleh
Keting. Ibunya kesal dengan pilihan anaknya lalu meminta bantuan Muz untuk
mengeluarkannya dari lembah yang hina. Seperti Amy, Muz juga telah bertaubat
dan tidak mahu lagi bergelumang dalam kehidupan yang pernah mensia-siakan
dirinya. Dia turut bersimpati dengan kesedihan ibu Tasha lalu berjanji untuk
mengembalikan Tasha ke pangkuan ibunya. Walaupun Muz tahu bahawa Tasha enggan
berubah namun dia tidak akan berhenti berusaha untuk membawa Tasha ke jalan
kembali…. “Raja” kumpulan Mat Rempit, Keting kian rakus dengan aktiviti
songsangnya dengan Tasha disisinya. Dalam masa yang sama dia meneruskan niat
jahatnya menjejaki Amy untuk menjerumuskannya kembali ke lembah hina. Jika
menerusi filem Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam… kisah realiti anak muda yang
terbiar menjadi tunggak penceritaan maka, kali ini Jalan Kembali…. menyelongkar
segala onak dan duri kehidupan golongan remaja songsang disamping menerapkan
pendekatan positif kepada golongan ini yang sebenarnya mampu dijinakkan dan
wajar mendapat sokongan masyarakat. Mampukah Muz dan Amy mengatasi rintangan
yang sering menjadi konflik penghijrahan hidup mereka. bagaimanakah kesudahan
hidup Tasha? Adakah Keting akan terus menjerumuskan gadis-gadis yang lemah
pegangan agama?
Welcome to the Marscymovie
Terimakasih kerana singgah di lelaman MarscyMovieTime.Lelaman ini MarscyMovieTime hanya mengandungi filem yang pasti akan menghiburkan hati sesiapa yang menonton filem di lelaman ini.Filem seram, jenaka ,romantis dan kesedihan yang pasti menghiburkan kita semua.
Jalan cerita dalam filem/drama kadang kala memberi satu contoh kepada kita .Jalan cerita dalam sebuah filem kadang kala ada membawa kebenaran bahawa ia sebenarnya terjadi di luar sana.Filem/drama mempunyai jalan cerita yang berbeza dan dari sudut penonton pasti anda akan dapat menilaikan kebaikan dan kejahatan dalam setiap filem/drama.Filem/drama cerita berakhir dengan kebahagian , kesedihan.
Selamat menonton......
Thank you for stopping by at MarscyMovieTime.This MarscyMovieTime website contains only film that will open the heart of those who watch the movie at the website.Horror, humor, romance and heartbreak that will entertain us all.
Storylines in the film / drama sometimes give an example to us. The story in a movie sometimes have the truth that it actually happened out there.Filem / drama has a different story from the perspective of the audience and you will be able to evaluate the good and evil in every movie / drama that ends with happiness, sadness.
And enjoy ......
Tuesday, July 17, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment