Berlatarkan kisah
eksekutif kanan di syarikat perkapalan antarabangsa, Maria berada di
persimpangan dilema mengenang dosa lalunya.Menyedari kehidupan manusia di dunia
sekadar 'pinjaman', Maria akhirnya tersedar dan ingin bertaubat. Malah, hasrat
itu membuak-buak sebaik dia bersua semula kekasih lama, Ikram Datuk Nahu selain
dorongan rakan baiknya, Benjamin Adam. Bagaimanapun, tanpa disedari Maria jatuh
cinta dengan Benjamin Adam. Disebabkan dirinya yang sudah 'kotor', Maria enggan
menerima perasaan itu. Malah, gara-gara keinginannya untuk bergaya dan
berkuasa, Maria terjebak di lembah hina.
Bukan saja menjalin skandal dengan pemilik syarikat perkapalan tempat dia bekerja, Maria juga pernah ditiduri beberapa individu penting syarikat itu. Apapun, segala kelakuan keji Maria diketahui Benjamin Adam yang setia pada cintanya.Bagaimana, tidak bagi Ikram yang menjadi pilihan Maria. Sebaik mengetahui kisah hitam gadis itu daripada bapanya, Ikram meninggalkan Maria yang dianggap Jalang. Apakah masih ada cinta sejati buat Maria? Malah, dapatkah Maria bertaubat?Selain itu, sejauh mana Benjamin Adam dapat meyakinkan Maria mengenai ketulusan cintanya? Mengambil kira sinopsis jalan ceritanya, Jalang dimuatkan dengan kisah teladan yang manusia berdosa akhirnya ingin bertaubat. Namun, apakah masyarakat sekeliling boleh menerima penyesalan dan taubat Maria?

No comments:
Post a Comment