Mengisahkan
tentang percintaan, persahabatan dan pertelingkahan. Kisah Jiwa Taiko bermula
dengan seorang pemuda yang bernama Firman yang baru keluar daripada penjara
ditangkap kerana melakukan jenayah bersama Pinto dan hanya Pinto dapat
melepaskan diri daripada ditangkap. Pinto adalah rakan Firman yang dikenali
ketika Firman baru menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Setelah Firman dikeluarkan
dari penjara dan dijemput oleh Kak Pora iaitu rakan yang dikenali ketika dia di
dalam penajara. Firman dibawa ke sebuah rumah yang dinamakan Wiracinta. Di
dalam rumah ini terdapat beberapa orang penghuni seperti Lara, Apple, Monika,
Freez, Heidy, Haikal dan Tomi. Mereka adalah kawan yang sangat rapat dan selalu
menjalani latihan silat bersama-sama. Perhubungan mereka menjadi semakin rapat
seperti adik beradik dan muncul lagi seorang rakan yang bernama Trisya. Trisya
adalah seorang gadis kota yang sangat cantik. Firman mula jatuh hati kepada
Trisya dan tanpa disedari, Lara terdahulu menaruh hati kepada Firman daripada
Trisya. Lara sangat kecewa selepas Firman memberitahu kepadanya tentang dia
telah melauhkan perasaan cintanya kepada Trisya dan Trisya menerimanya. Selepas
itu, Lara melarikan diri lalu terjumpa seorang pemuda bekas rakan Firman iaitu
Pinto. Lara mengikut Pinto duduk di apartment mewah dan mereka terlanjur.
Firman dan rakan yang lain mencari Lara kerana mereka rasa sangat risau setelah
Lara tidak pulang. Freez memarahi Firman kerana tidak menghargai Lara
sepenuhnya kerana Freez tahu Lara menaruh hati kepada Firman. Tanpa disedari
Lara telah mengandungkan anak Pinto. Lara melarikan diri daripada Pinto kerana
Pinto memaksa Lara menggugurkan kandungan. Lara bersembunyi di suatu tempat
yang sunyi lalu dijumpai oleh rakanrakannya. Lara dibawa pulang ke rumah
Wiracinta dan dijaga dengan baik setelah mereka tahu yang Lara sedang
mengandungkan anak Pinto. Firman dan rakan lain membawa Lara Ke Klinik untuk
menggugurkan kandungan tetapi Lara tidak sanggup dan terus memeluk Firman.
Trisya mahu memutuskan hubungannya dengan Firman kerana bagi Trisya Firman
patut bersama Lara di dalam keadaan Lara yang memerlukan orang di sampingnya.
Firman tidak dapat menerimanya tetapi Firman hanya mengikut kehendak Trisya.
Pinto datang ke Wiracinta untuk mengambil Lara tetapi dihalang oleh Firman dan
rakan-rakan. Pinto berjaya mengambil Lara, Kak Pora ditikam oleh pengikut
Pinto. Firman dan rakan yang lain terus mengejar Pinto sehingga ke tempat Pinto
dan bertarung. Setelah bertarung Firman mengambil Lara dan terus ke pantai
bersama rakan-rakan yang lain. Setelah beberapa hari Pinto datang untuk
membalas dendam, Pinto menyerang Firman dan mereka bergaduh sehingga Pinto mati
di tangan Firman. Di dalam masa yang sama Lara selamat melahirkan anak. Selepas
beberapa bulan berlalu mereka menjadi satu keluarga yang bahagia.
Welcome to the Marscymovie
Terimakasih kerana singgah di lelaman MarscyMovieTime.Lelaman ini MarscyMovieTime hanya mengandungi filem yang pasti akan menghiburkan hati sesiapa yang menonton filem di lelaman ini.Filem seram, jenaka ,romantis dan kesedihan yang pasti menghiburkan kita semua.
Jalan cerita dalam filem/drama kadang kala memberi satu contoh kepada kita .Jalan cerita dalam sebuah filem kadang kala ada membawa kebenaran bahawa ia sebenarnya terjadi di luar sana.Filem/drama mempunyai jalan cerita yang berbeza dan dari sudut penonton pasti anda akan dapat menilaikan kebaikan dan kejahatan dalam setiap filem/drama.Filem/drama cerita berakhir dengan kebahagian , kesedihan.
Selamat menonton......
Thank you for stopping by at MarscyMovieTime.This MarscyMovieTime website contains only film that will open the heart of those who watch the movie at the website.Horror, humor, romance and heartbreak that will entertain us all.
Storylines in the film / drama sometimes give an example to us. The story in a movie sometimes have the truth that it actually happened out there.Filem / drama has a different story from the perspective of the audience and you will be able to evaluate the good and evil in every movie / drama that ends with happiness, sadness.
And enjoy ......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment