SINOPSIS TENTANG DHIA Tentang
Dhia mengisahkan Dhia (Nora Danish), yang berdiri di antara dua lelaki yang
sangat dikasihinya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila
dia dicemburui Melly (Izreen Azminda), yang mengganggap dirinya lebih anggun
dan sesuai. Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustafa), dua lelaki berbeza
daripada dua latar belakang yang berbeza. Hanya memikul tugas sebagai seorang
kerani biasa, Azmi yang merupakan anak seorang Imam di kampung tersebut disukai
ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama
terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, seorang jejaka daripada keluarga
berada mempunyai kelulusan luar negara merupakan teman rapat Dhia sejak kecil
lagi. Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal
melangsungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara
merenung keseorangan di dalam kesedihan dan kekecewaan. Namun, hatinya ikhlas
menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan untuk redha dengan apa yang
berlaku. Melly mengambil kesempatan ini untuk mendekati Raffi dan menidurinya
ketika dia di dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi,
‘jerat’ yang dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya.
Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan
dan terdesak, Melly mengenakan Azmi. Azmi dan Melly ditangkap basah oleh
penduduk kampung dan ditahan di lokap balai polis. Sejurus mengetahui tentang
berita ini, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis
pertunangan mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi. Namun, berkat
ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap akan
berlangsung seperti yang dirancang. Walaubagaimanapun, majlis mereka diserang
oleh keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi. Mereka mahukan
Azmi supaya bertanggungjawab di atas perbuatannya sehingga Melly didapati
mengandung. Sekali lagi, Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya
sampai bila-bila. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu
mengalirkan air mata. “Bagaikan pelangi selepas hujan”, hidup Dhia didatangi
Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir
mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi, dan mereka bekerja di firma yang
sama. Zikir sangat diminati oleh Rose (Tasha Shilla) yang juga salah seorang
pekerja di firma milik beliau. Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia
akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak pergi
mengerjakan solat Jumaat. Zikir datang ke kampung halaman Fendi untuk majlis
pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan ditemani oleh isteri arwah Fendi,
Suraya. Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung tersebut, Zikir
terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia.
Kemanakah hala tuju Dhia setelah ‘kehilangan’ Azmi dan apakah yang akan berlaku
seterusnya di dalam hidup Zikir?
Welcome to the Marscymovie
Terimakasih kerana singgah di lelaman MarscyMovieTime.Lelaman ini MarscyMovieTime hanya mengandungi filem yang pasti akan menghiburkan hati sesiapa yang menonton filem di lelaman ini.Filem seram, jenaka ,romantis dan kesedihan yang pasti menghiburkan kita semua.
Jalan cerita dalam filem/drama kadang kala memberi satu contoh kepada kita .Jalan cerita dalam sebuah filem kadang kala ada membawa kebenaran bahawa ia sebenarnya terjadi di luar sana.Filem/drama mempunyai jalan cerita yang berbeza dan dari sudut penonton pasti anda akan dapat menilaikan kebaikan dan kejahatan dalam setiap filem/drama.Filem/drama cerita berakhir dengan kebahagian , kesedihan.
Selamat menonton......
Thank you for stopping by at MarscyMovieTime.This MarscyMovieTime website contains only film that will open the heart of those who watch the movie at the website.Horror, humor, romance and heartbreak that will entertain us all.
Storylines in the film / drama sometimes give an example to us. The story in a movie sometimes have the truth that it actually happened out there.Filem / drama has a different story from the perspective of the audience and you will be able to evaluate the good and evil in every movie / drama that ends with happiness, sadness.
And enjoy ......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment