Welcome to the Marscymovie

Terimakasih kerana singgah di lelaman MarscyMovieTime.Lelaman ini MarscyMovieTime hanya mengandungi filem yang pasti akan menghiburkan hati sesiapa yang menonton filem di lelaman ini.Filem seram, jenaka ,romantis dan kesedihan yang pasti menghiburkan kita semua.

Jalan cerita dalam filem/drama kadang kala memberi satu contoh kepada kita .Jalan cerita dalam sebuah filem kadang kala ada membawa kebenaran bahawa ia sebenarnya terjadi di luar sana.Filem/drama mempunyai jalan cerita yang berbeza dan dari sudut penonton pasti anda akan dapat menilaikan kebaikan dan kejahatan dalam setiap filem/drama.Filem/drama cerita berakhir dengan kebahagian , kesedihan.

Selamat menonton......

Thank you for stopping by at MarscyMovieTime.This MarscyMovieTime website contains only film that will open the heart of those who watch the movie at the website.Horror, humor, romance and heartbreak that will entertain us all.

Storylines in the film / drama sometimes give an example to us. The story in a movie sometimes have the truth that it actually happened out there.Filem / drama has a different story from the perspective of the audience and you will be able to evaluate the good and evil in every movie / drama that ends with happiness, sadness.

And enjoy ......

Friday, October 26, 2012

ADAM & HAWA MINGGU 10 EPISOD33-36

Plan Ain suruh Azie temankan Johan beli barang mulanya Johan tak setuju. Dia nak pergi dengan Ain juga..tapi bila nampak Azie dah bersiap dan beria-ia..nak tak nak Johan ikutkan saja. Johan tak kisah lagipun tu kawan baik Ain.Adam rasanya macam budak-budak bila Maria terpaksa plan untuk satukan mereka. Demi pujuk mamanya Adam terpaksa juga lakukan.Adam menghubungi Ain buat seperti yang disuruh, nak tak nak Ain terpaksa mengikuti Adam untuk mencari hadiah untuk Erin. Dan dalam keadaan yang sama Azie beria-ia mencari baju Johan di shopping Mall. Pandai betul Azie memilih untuk Johan…! Sementara Adam dan Ain masih bermain `tarik tali`..yang pasti mereka suka sebenarnya dalam keadaan begitu cuma ego sekarang ini.!


Azie bersungguh membantu Johan memilih baju yang sesuai. Yang lucunya Azie tetap dengan kecohnya tapi Johan tahu Azie jujur membantu. Sedang sibuk mencuba pakaian, kawan-kawan pejabat Azie terserempak dengan Azie.Azie kena kutuk sebab selama ni Azie langsung tak mengaku yang dia ada teman lelaki istimewa. Johan naik tebal muka tapi Azie tetap buat muka selambanya..mulutnya tetap bising dengan perangai kawan-kawannya.Dalam perjalanan balik Adam terima panggilan dan meminta datang ke pejabat kerana ada urusan penting. Ain dapat tengok kesungguhan Adam membina hidupnya yang baru. Adam berkali cuba menyakinkan Ain tapi masih tetap kurang percaya dengan perubahan Adam. Pada Ain, Adam akan berbuat baik untuk sesuatu bila dah dapat, Adam akan jadi playboy macam dulu…!!!





AHawa33..dramatvonline by dramatvonline-net


Azie jadi bahan lagi bila bertembung dengan kawan Johan, sangkakan Azie adalah Ain. Azie bengang tapi dia akan tetap jawab dengan selamba. Johan suka Azie tak ambil hati dengan usikan kawannya.Bila sampai dirumah Ain heran Azie dan Johan belum baik dari shopping. Risau juga Ain kemana perginya mereka.Johan pandai ambil hati Ain, malah AiN pernah terfikir kalau  dia bukan hak Adam pastinya Johan akan jadi pilihan Ain..!!Di Uitm pulak Fauzi makin berani memikat Ain..terang-terangan dihadap pelajar lain. Merah muka Ain bila jadi bahan usikan pelajarnya.



Adam makin rindu pada Ain..itulah perasaan yang dia sendiri tak boleh nak tipu. Adam akan cuba dan terus mencuba untuk `pikat` hati isterinya. Mula faham perangai Ain yang mudah naik angin..Adam tetap terus layan aje…dan kadang-kadang Ain juga ternakan dengan pujukan Adam.Malah Ain tetap ada degilnya, Ain setuju dengan Adam untuk berjumpa tapi Ain saja kenakan Adam…Adam menunggu Ain lama…Ain suka bila dapat kenakan Adam…puas hatinya…!!Sementara Azie terasa Ain ada `sesuatu`…Azie perasaan sendiri..kononnya Ain dapat tangkap apa perasaannya sekarang..!!



AHawa34..dramatvonline by dramatvonline-net


Sinopsis Adam dan HAwa Episod 35

Azie sebenarnya berhubung dengan Johan secara senyap-senyap tanpa pengetahuan Ain lansgung. Tapi sekali sekala terasa bersalah pada Ain. Namun bila bercakap soal 'hati' manusia sanggup buat apa saja..Adam terasa hati bila Ain sanggup kenakannya. Ain langsung takda perasaan bersalah..makin sakitkan Adam lagi..kata Ain...'tu baru sikit..apa yang Am buat Ain sebelum ni lagi sakit..!Tapi seketika aje, timbul pulak perasaan bersalah…Ain pun tak tahu kenapa susah sangat nak padam api dendam pada Adam…itu memnag tak boleh nak dinafikan..!Faridah, ibu Johan mula bertanya tentang hubungan Johan bersama Ain. Johan tetap nak berkahwin dengan Ain seperti yang dirancangkan. Malah kali ni Johan ini percepatkan niatnya.

Ain makin cuba melarikan diri dari Adam. Azie mula selesa dengan Johan, suka bila Ain tak nak join mereka. Ain langsung tak notis perubahan Azie terhadap Johan.Kebetulan Dee terserempak dengan Ain bersama Johan dan Azie. Dee mula plan yang bukan-bukan untuk Adam 'makan hati' dengan perbuatan Ain.Johan happy bila Ain suka dengan apa yang dia buat untuk Ain. Dalam masa yang sama Azie seolah melayan 'perasaannya sendiri' pada Johan..!Dee berjaya buat Adam tak senang duduk untuk melihat `perlakuan` Ain dengan lelaki lain. Tergamam Adam bila melihat Ain memang duduk berdua dengan Johan aje..!! sakit hati Adam....

EPISOD 35

AHawa35..dramatvonline by dramatvonline-net


Sinopsis ringkas Episod 36 Adam dan Hawa

Mama Am bertanyakan Am tentang persetujuan Hawa untuk kenduri buat mereka.Normah pula menelefon anaknya Ain untuk memberitahu bahawa mak Johan ada menelefon untuk melawatnya.Normah risau jika kehadiran Mak Johan membawa hajat untuk meminang Ain. Ain pula berasa serba salah sama ada untuk terus terang atau tidak kepada Am tentang perkara tersebut. Kadang2 terlintas di fikiran Ain utk mengabaikan perasaan Am.

Dee masih tidak berputus asa untuk menyatakan rasa cintanya yang tidak luput untuk Am. Seperti biasa, Dee masih penuh dengan tipu muslihat untuk mencetuskan propaganda antara Am dan Ain. Kebetulan Am tertinggal handphone ketika pertemuannya Dee..agak2 ape la Dee nk buat kan?heheNormah masih cuba memujuk Ain untuk menerima Am. Tapi masih utuh dengan pendiriannya untuk tidak menerima Am dalam dirinya.Dee mula cuba mengapi-apikan antara Ain dan Am.Episod kali ini Eja sekali lagi tampil utk menegur dan mencungkil isi hati kakaknya yg sebenar..persoalannya, Am atau Johan dihati Ain??jgn ketinggalan episod mlm ni ya :)



Adam.Hawa.E36 by kepalabergetar

No comments:

Post a Comment