Welcome to the Marscymovie

Terimakasih kerana singgah di lelaman MarscyMovieTime.Lelaman ini MarscyMovieTime hanya mengandungi filem yang pasti akan menghiburkan hati sesiapa yang menonton filem di lelaman ini.Filem seram, jenaka ,romantis dan kesedihan yang pasti menghiburkan kita semua.

Jalan cerita dalam filem/drama kadang kala memberi satu contoh kepada kita .Jalan cerita dalam sebuah filem kadang kala ada membawa kebenaran bahawa ia sebenarnya terjadi di luar sana.Filem/drama mempunyai jalan cerita yang berbeza dan dari sudut penonton pasti anda akan dapat menilaikan kebaikan dan kejahatan dalam setiap filem/drama.Filem/drama cerita berakhir dengan kebahagian , kesedihan.

Selamat menonton......

Thank you for stopping by at MarscyMovieTime.This MarscyMovieTime website contains only film that will open the heart of those who watch the movie at the website.Horror, humor, romance and heartbreak that will entertain us all.

Storylines in the film / drama sometimes give an example to us. The story in a movie sometimes have the truth that it actually happened out there.Filem / drama has a different story from the perspective of the audience and you will be able to evaluate the good and evil in every movie / drama that ends with happiness, sadness.

And enjoy ......

Friday, October 5, 2012

ADAM & HAWA MINGGU EPISOD 13-16

Normah tak setuju dengan permintaan Ain walaupun tak sanggup dengan peristiwa yang melanda keluarganya. Kak Zah tak sangka mamanya terima keadaan seadanya tapi yang merungsingkan Adam langsung tak ambil kisah hal rumahtangganya…hanya membiarkan ia berlalu sahaja.Bila Adam mula sahaja sakitkan hati Dee tentang rumahtangganya  Dee tak keruan..haru biru dibuatnya. Mula plan yang bukan-bukan untuk dapatkan Adam. Dee paksa mummynya pujuk Maria untuk satukan Dee dan Adam dan minta Maria paksa Adam ceraikan Ain.

Ain tetap berkeras untuk bercerai dengan Adam. Mula terdengar suara-suara sumbang orang kampong bila dengar kes khalwat Ain. Ain tetap tak boleh terima Adam dalam hidupnya, terutama perangai Adam yang suka berpoya-poya.Adam langsung tak kisah tentang rumahtangganya, bila ditanya oleh Maria. Maria tak kisah semuanya dah berlaku tapi sekarang sebagai suami Adam kena tahu erti tanggungjawab dan tak sepatutnya biarkan Ain sendirian. Adam tetap pertahankan haknya. Bukan salah dia kerana Ain yang tinggalkannya.

Ain keadaan kemelut yang berlaku, Ain akhirnya dapat tawaran belajar ke luar Negara..Ain nekad untuk terima tawaran itu…jauh dari semua.. dan tinggalkan kisah hitam dalam hidupnya.
Ain tetap dengan keputusannya untuk bercerai.Kak Zah dan Mama Am cuba menasihatkan Am untuk lakukan sesuatu utk memujuk Ain. Ain pula mendapat tawaran sambung belajar di Australia.Am dan mamanya pergi melawat keluarga Ain kampung

.
AH [2012] Ep13 by f100000485501833


Normah tak sangka mama Adam seorang yang baik dan terima keadaan seadanya. Normah kini berharap dan memujuk Ain tak terima tawaran belajar dari luar Negara. Namun Ain tetap dengan pendiriannya.Ain tetap tak dapat terima hakikat dirinya kini isteri orang dalam usia yang begitu muda sekali. Adam mula rasa `kehilangan` ain tapi egonya lebih mengatasi. Mempersoalkan tanggungjawab Ain senagai seorang isteri.Dee yang masih tak serik-serik untuk menangi hati Adam. Dee sedaya upaya untuk pujuk Adam dan keluarganya dengan terima dirinya. Yang mengejutkan Dee sanggup jadi isteri kedua Adam.

Ain berat hati untuk berjumpa dengan mama Adam. Dia langsung takda perasaan cinta pada Adam kerana selama ni dia hanya `suka` dengannya dan yang utama Ain tetap tak dapat terima kenyataan.Ain bersemangat membuat persiapannya ke luar Negara. Berdegil dengan keputusannya. Ain mencoret sesuatu pada diarinya dan meninggalkannya ibarat meinggalkan semua kenangan pahit dalam hidupnya dan takkan menoleh ke belakang lagi. Cik Ted tetap di hati Ain.Adam nekad takkan menceraikan Ain melainkan Ain sudah ada pengantinya…ego Adam..!!



AH [2012] Ep14 by f100000485501833
AH [2012] Ep15 by f100000485501833
adam hawa episod 16 by dm_504ebf6c2db68

No comments:

Post a Comment