Drama Adam dan Hawa
mula di tayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00
malam bermula 27 Ogos 2012 secara eksklusif di
Astro saluran 134 (Mustika HD). Drama ini mempunyai 80 episod yang
telah di adaptasi menerusi novel terlaris hasil nukilan penulis Aisha Sofea.
SINOPSIS DRAMA ADAM DAN HAWA
Secara ringkas, Adam dan Hawa mengisahkan mengenai Ain Hawani
(Nadia Nissa) atau Hawa, seorang remaja lepasan SPM yang berkerja
sementara sebagai guru tadika di taman didikan kanak-kanak milik kakak kepada
Adam Mukhriz (Aaron Aziz). Hawa dan Adam telah
berkenalan dan akhirnya berkawan.
Adam seorang lelaki kacak dan playboy yang bekerja sebagai juruterbang.
Pada suatu hari Hawa dan Adam telah ditangkap basah selepas difitnah oleh
seseorang yang mempunyai perasaan dengki terhadap hubungan mereka.
Hawa bagaimana pun tidak dapat boleh menerima ketentuan apabila
dia dipaksa kahwin dengan Adam oleh keluarga.
Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam
yang bekerja sebagai juruterbang ini sebagai suami. Ditakdirkan, Ain berjaya
melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan mereka berpisah sehingga 8 tahun
lamanya
Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota
Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain sebagai seorang isteri
yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya
Ego tetap mengatasi hati Ain walaupun Adam mengharapkan wanita
ini kembali menerimanya semula. Apakah kesudahan kisah cinta antara Adam &
Hawa ini?
SINOPSIS NOVEL ADAM DAN HAWA
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya
kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam
Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu,
seolah-olah benar apa yang berlaku.
Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan
tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas
sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri.
Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap
saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta
yang mekar di hatinya. Ah… Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani
memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan
di depan pintu Masjidil Haram. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian
lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus.
Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak
pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya
jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam.
Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan.
Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi
Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi…
alam.
alam.
Pelakon Adam Dan Hawa
Watak utama Adam Mukhriz dilakonkan oleh Aaron Aziz, manakala
Ain Hawani dipegang oleh Nadia Nissa (pelakon filem Cun). Nadiya Nissa dipilih
oleh penulis novel Adam dan Hawa sendiri iaitu Aisya Sofea bagi menjayakan
watak Ain Hawani.
Para pelakon terdiri daripada : Anzalna Nasir (Dee), Elfaeza Ul
Haq (Azie), DazrinKamarudin (Johan), Norman Hakim (Zul), Rozie Rashid (Kak
Zah), Aznah Hamid (Maria), Amyza Adnan (Cikgu Zawyah), Lydiawati (Faridah) dan
Puteri Sarah (Erin)
ah02 by dm_504104eeaf398
ah03 by dm_504104eeaf398
ah04 by dm_504104eeaf398
No comments:
Post a Comment