Sinopsis Drama Dendam
Sarakit
“Dendam Sarakit”
mengisahkan cinta seorang isteri yang tidak kesampaian akibat dirogol dan
dibunuh ketika suaminya, Rafiq pulang ke Kuala Lumpur melawat ibunya, Puan
Mariam selepas beberapa bulan mereka berkahwin. Rafiq (Zain Hamid) ditugaskan
oleh majikannya di sempadan Malaysia / Thailand. Dia telah bertemu dengan
Sarakit (Fouziah Gous), seorang gadis berketurunan Siam. Walaupun hubungan
cinta Rafiq dan Sarakit tidak direstui oleh ibu Rafiq, Puan Mariam (Datin
Noniswara), mereka telah berkahwin dan berjanji untuk sehidup semati walaupun
apa halangan yang datang.
Rafiq yang bimbang
dengan keadaan isterinya yang sedang berbadan dua telah bergegas pulang. Puan
Mariam kecewa dengan sikap anaknya yang ingkar dengan kehendaknya supaya
meninggalkan Sarakit. Puan Mariam sanggup menggunakan khidmat bomoh dan
berpakat dengan Dina (Sharifah Sakinah) untuk memisahkan Rafiq dan Sarakit.
Dalam diam-diam, Dina telah mengikut Rafiq pulang.
Rafiq pulang ke
pangkuan Sarakit tanpa menduga tragedi yang sudah menimpa ke atas Sarakit.
Mereka menjalani hidup seperti biasa. Penduduk kampung digemparkan oleh
beberapa kejadian aneh. Mereka sering terserempak dengan hantu tenggek. Pada
waktu yang sama, perogol Sarakit didapati mati seorang demi seorang dalam
keadaan yang mengerikan. Ramdi (Adam Shah) yang turut berada di tempat kejadian
semasa Sarakit dirogol pada malam peninggalan Rafiq telah meninggalkan kampung
kerana takut dengan hantu Sarakit.
Sementara itu, Puan
Mariam juga diganggu oleh lembaga yang menyerupai wajah Sarakit. Dengan bantuan
Ustaz Hambali (Dato’ Zamshuri Ramli), Puan Mariam berjaya dipulihkan malah
Ustaz Hambali juga mendapat alamat bahawa sesuatu yang buruk telah berlaku pada
Rafiq. Justeru, Ustaz Hambali telah pergi ke tempat tinggal Rafiq dan Sarakit.
Sejak kedatangan
Ustaz Hambali, Sarakit sering kelihatan resah. Dia merayu kepada Rafiq agar
Rafiq jangan berubah hati walaupun apa yang akan berlaku. Sarakit juga meminta
agar Rafiq menjaga anak mereka dengan baik. Ustaz Hambali mendedahkan perkara
sebenar kepada Rafiq bahawa Sarakit telah mati. Qarin Sarakit telah dipuja dan
menguasai badan Dina untuk bersama Rafiq. Namun, demi cintanya kepada Sarakit,
Rafiq berjanji akan terus tinggal bersama Sarakit sambil menunggu kelahiran
anak mereka.
Ramdi muncul semula
di kampung. Apakah Ramdi akan menceritakan kejadian rogol yang dilakukan oleh
Jali, Keol, Gato dan Tat? Apakah pula kaitan Pak Bado dengan kematian Sarakit?
Berjayakah Ustaz Hambali memisahkan Rafiq dan Sarakit serta memulihkan semangat
Rafiq? Apakah yang akan terjadi kepada Dina?
EPISOD 1
EPISOD 2
EPISOD 3
EPISOD 4
EPISOD 5
Welcome to the Marscymovie
Terimakasih kerana singgah di lelaman MarscyMovieTime.Lelaman ini MarscyMovieTime hanya mengandungi filem yang pasti akan menghiburkan hati sesiapa yang menonton filem di lelaman ini.Filem seram, jenaka ,romantis dan kesedihan yang pasti menghiburkan kita semua.
Jalan cerita dalam filem/drama kadang kala memberi satu contoh kepada kita .Jalan cerita dalam sebuah filem kadang kala ada membawa kebenaran bahawa ia sebenarnya terjadi di luar sana.Filem/drama mempunyai jalan cerita yang berbeza dan dari sudut penonton pasti anda akan dapat menilaikan kebaikan dan kejahatan dalam setiap filem/drama.Filem/drama cerita berakhir dengan kebahagian , kesedihan.
Selamat menonton......
Thank you for stopping by at MarscyMovieTime.This MarscyMovieTime website contains only film that will open the heart of those who watch the movie at the website.Horror, humor, romance and heartbreak that will entertain us all.
Storylines in the film / drama sometimes give an example to us. The story in a movie sometimes have the truth that it actually happened out there.Filem / drama has a different story from the perspective of the audience and you will be able to evaluate the good and evil in every movie / drama that ends with happiness, sadness.
And enjoy ......
Friday, October 12, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment