Aku Terima Nikahnya merupakan kisah cinta tragis di antara Johan (Adi Putra) dan
Arlisa (Nora Danish) yang berhadapan dengan dugaan terbesar dalam hidup mereka.
Johan dan Arlisa baru sahaja selamat diijabkabul dan seperti pasangan lain,
mereka melalui bulan-bulan yang indah dalam hidup mereka.
Namun, tragedi yang
tidak disangka-sangka menimpa Johan. Johan yang kemalangan disahkan mengalami
Selective Amnesia yang mana dia ingat semua perkara hanya sehingga Johan
berusia 31 tahun yang mana dua tahun sebelum dia mengenali Arlisa.
Johan yang langsung
tidak mengingati Arlisa bertindak menjauhkan diri daripada isterinya sendiri.
Namun Arlisa tidak pernah putus asa berusaha supaya Johan mengingati dirinya
semula. Pertemuan Johan dengan Suriya (Mon Ryanti), kawan baik Arlisa
menyebabkan Arlisa cemburu.Johan lebih mesra bergaul dengan Suriya berbanding
dirinya, isteri kepada Johan. Sehinggalah satu hari Arlisa terserempak dengan
Suriya dan Johan dalam keadaan yang mencurigakan.
Arlisa mula berasa penat
untuk mengejar Johan yang tidak pernah menghargai dirinya. Adakah Arlisa akan
mengalah dan melangkah pergi? Adakah Johan akan mengingati semuanya kembali?

No comments:
Post a Comment