Welcome to the Marscymovie

Terimakasih kerana singgah di lelaman MarscyMovieTime.Lelaman ini MarscyMovieTime hanya mengandungi filem yang pasti akan menghiburkan hati sesiapa yang menonton filem di lelaman ini.Filem seram, jenaka ,romantis dan kesedihan yang pasti menghiburkan kita semua.

Jalan cerita dalam filem/drama kadang kala memberi satu contoh kepada kita .Jalan cerita dalam sebuah filem kadang kala ada membawa kebenaran bahawa ia sebenarnya terjadi di luar sana.Filem/drama mempunyai jalan cerita yang berbeza dan dari sudut penonton pasti anda akan dapat menilaikan kebaikan dan kejahatan dalam setiap filem/drama.Filem/drama cerita berakhir dengan kebahagian , kesedihan.

Selamat menonton......

Thank you for stopping by at MarscyMovieTime.This MarscyMovieTime website contains only film that will open the heart of those who watch the movie at the website.Horror, humor, romance and heartbreak that will entertain us all.

Storylines in the film / drama sometimes give an example to us. The story in a movie sometimes have the truth that it actually happened out there.Filem / drama has a different story from the perspective of the audience and you will be able to evaluate the good and evil in every movie / drama that ends with happiness, sadness.

And enjoy ......

Friday, November 2, 2012

V3 SAMSENG JALANAN 2010



Sinopsis:

REMP-IT V3 memaparkan kisah Rudy dan sahabatnya Brett yang terjerumus dalam satu masalah besar apabila dia dan kawan-kawannya berlumba sehingga Shah dan Liza yang juga pasangan kekasih maut dalam satu kemalangan. Lebih memburukkan keadaan di tangan Shah terdapat dadah yang baru diambil. Rudy, Brett dan kawan-kawannya menjadi buruan polis, sehingga Rudy dan Brett mengambil keputusan melarikan diri ke Kuala Lumpur.Di Kuala Lumpur, Rudy berazam mengubah kehidupannya menjadi ‘manusia’. Brett yang ingin membantu telah menemukan Rudy dengan Lan Ribut lalu dibawa ke kedai Sam Seng Motor yang sebenarnya dikawal oleh Ah Long yang bernama Wan Blost, ‘taikoon’ pertaruhan lumba haram. Di dalam satu perlumbaan yang diaturkan, Rudy telah tewas kerana Garing, ‘main kotor’ dan membuatnya berhutang RM10,000 dengan Sam Seng dan tercedera. Rudy telah berkenalan dengan Lisa, seorang gadis manis yang merupakan akauntan di sebuah firma swasta. Rumah Lisa menjadi tempat mereka bersembunyi sementara Rudy sembuh. Sepanjang tempoh itu telah membibitkan perasaan sayang antara mereka.

Garing masih mencari Rudy untuk menagih hutang dan mengatur satu lagi perlumbaan maut kerana populariti yang diraih Rudy di laman web apabila semua rakaman perlumbaan yang disertai Rudy dipaparkan. Rudy berkeras untuk tidak berlumba lagi tetapi Garing sentiasa mencari jalan untuk membuatkan Rudy setuju. Sehingga Garing telah menculik Lisa dan mengugut untuk merogolnya jika Rudy masih enggan berlumba. Setelah didesak, Rudy bersetuju.Berjayakah Rudy menumpaskan Garing dan menyelamatkan Lisa. Perlumbaan bukan sembarangan. Diberi gelaran Perlumbaan Maut. Tanpa undang-undang dan tanpa batasan. Nyawa jadi pertaruhan. Sewaktu perlumbaan sebenar ramai yang terkorban kerana taktik kotor Garing. Walaupun Garing berjaya menjatuhkan Rudy di garis penamat, Rudy masih berjaya memenangi perlumbaan. Tapi Garing tidak semudah itu menyerahkan takhta. Lisa masih dalam genggaman, maka nyawanya dijadikan pertaruhan.  



No comments:

Post a Comment