Sinopsis Filem Haq
Kisah ini memaparkan kehidupan tradisional keluarga Melayu di
sebuah kampung yang berunsurkan kegelapan kuasa ghaib, kharomah, rahsia and
pertentangan antara dua saudara dalam memperjuangankan kebenaran yang hakiki.
Kisah ini berkisarkan tentang Haq, seorang pemuda penyayang dan jujur yang
dianugerahkan oleh Allah S.W.T dengan kelebihan kuasa ghaib (Kharomah) dan
Badrul (Bad) yang merupakan seorang yang bijak yang juga merupakan adik
angkatnya. Haq berupaya untuk mengalihkan objek dengan mengunakan kuasa mindanya.Satu
kemalangan telah berlaku berpunca daripada kedegilan Bad yang menyebabkan
kematian ibu kandung Haq di depan mata mereka semasa mereka kecil. Dengan ini,
jaringan rahsia, rasa bersalah dan cemburu mula berkembang. Beberapa tahun
kemudian, sekembalinya Haq dari belajar diluar negara, beliau disambut dengan
penuh kegembiraan kecuali daripada Bad, yang tidak berpelajaran tinggi, lebih
suka menghabiskan masanya bercampur dengan samseng kampung daripada
mengusahakan perusahaan ladang dan pertanian milik keluarga.
Ini merunsingkan Haq and bapanya, Haji Ibrahim yang bukan sahaja
mendidik Bad seperti anaknya malah mengambil kedua orang tua Bad untuk bekerja
dengannya. Bad kesal, dia hanya menyalahkan takdir dan keadaan dan
mempersoalkan kenapa Haq mempunyai kuasa sedangkan dia hanya seorang anak
kepada pembantu rumah. Bapa kandung Bad telah lama menderita sakit meninggal
dunia walaupun berkali–kali cuba dirawati oleh Haji Ibrahim.Haji Ibrahim juga
terkenal dalam masyarakat, dianugerahkan Allah untuk merawat penyakit. Bad
menjadi lebih marah kerana kegagalan bapa angkatnya itu menyembuhkan penyakit
ayahnya dan juga kepada takdir kerana dia tidak mempunyai kuasa untuk mengubah
keadaan sekelilingnya. Dengan kemarahan ini jugalah beliau menyalahkan semua orang
dan Tuhan, malah telah bersekongkol dengan ilmu hitam dan syirik kepada Allah.
Bad lalu menghilangkan diri. Masa berlalu, Haq telah
menceritakan segala–galanya tentang kematian ibunya kepada ayahnya semasa Haji
Ibrahim sakit tenat. Kepulangan Bad ke kampung semasa hari pengkebumian Haji
Ibrahim mengejutkan semua pihak. Bad, kemudian telah membawa Haq dan
pembantunya Aina ke kota lalu mengambil Haq sebagai rakan kongsinya.Di kota,
barulah Haq tahu bahawa Bad mempunyai empayar perniagaan yang besar lagi kukuh.
Di situ juga Haq telah berkenalan dengan Zahra yang merupakan pembantu Bad yang
mengoda dan materialistik. Bad telah memperkenalkan Haq tentang dunianya yang
penuh kekayaan, kekuatan dan kehausan kuasa. Pada masa yang sama, Haq telah
tertarik kepada kejelitaan Zahra walaupun dia tahu tentang perhubungan antara
Zahra dan Bad.
Haq mula dapat menghidu kehadiran kejahatan yang bersembunyi di
dalam diri Bad dan kebenaran tentang kematian Haji Ibrahim juga terserlah. Bad
juga telah menunjukkan belangnya. Haq terpaksa mencari kekuatan dan keberanian
untuk berhadapan dengan kebenaran dan keputusan itu akan merubah hidup mereka
selama- lamanya.

No comments:
Post a Comment